Thursday, August 27, 2009

APA GUNANYA ENGKAU HIDUP JIKA...

1. Sekadar untuk membuat kerosakan di muka bumi

2. Tiada niat untuk berbakti kepada kedua orang tuamu

3. Sekadar untuk bermegah dengan harta duniamu yang tak seberapa & sementara

4. Kamu tidak berbakti kepada bangsa dan negara

5. Tiada cita cita untuk berjaya dan menjadi insan berguna

6. Sekadar untuk leka dan bersuka ria...

7. Engkau pemalas...

8. Asyik menyusahkan orang lain...

9. Engkau ni tak berguna satu sen pun... sampah masyarakat...

10. Engkau tak mahu hidup lagi...

Tapi janganlah sampai membunuh diri, tiada tempat untuk kamu di sana nanti...

Kalau tanya aku, memang selagi nyawa dikandung badan, selagi itu aku tidak akan berputus asa untuk mengejar cita cita aku. Biar keluar air mata darah sekalipun namun aku tidak akan berputus asa, lebih lebih lagi selagi kedua orang tua ku masih ada untuk aku berbakti kepada mereka.

Pada aku, usaha itu sendiri merupakan suatu kepuasan sebab kejayaan itu bukanlah suatu destinasi, tetapi lebih kepada suatu perjalanan yang tiada penghujung, selagi hayat dikandung badan...

Sekadar renungan bersama...


1 comment:

  1. betul tu! setuju semua. :)

    p/s:welcome to my blog :)

    ReplyDelete