Aku baru je deactivate akaun facebook aku selepas genap seminggu aku guna...
Sebab-sebab:
1. Aku kekurangan masa.
2. Aku tengok dalam facebook 'nawaitu' nyer bagus untuk mengeratkan silaturrahim tapi ada member-member yang takde akal tu meninggalkan komen yang pada dia lawak tetapi berunsur fitnah, menjatuhkan air muka dan menyakitkan hati... especially bab-bab makanan ni sgt sensitif. Aku memang takkan maafkan kenyataan dia tu... terus terang memang terbakar darah aku baca apa yg dia tulis tu (yg pada dia lawakla kononnya)... takpe, nanti kau...
3. Yang paling penting, aku rasa memang dari dulu malas nak layan facebook, friendster dan yg sewaktu dgnnya ni sebab ader byk lagi benda lain yang aku boleh buat dengan internet.
Oklah, dipendekkan cerita... kepada kawan baik aku yang dekat facebook tu, kalau kalau la kau jumpa aku nyer blog ni, tulisan ni mmg khas ditujukan pd engkau... engkau tau engkau siapa so tak payahla aku bgtau nama...
A. Jgn anggap semua benda tu lawak... nanti kena btg hidung sendiri tak boleh tahan...
B. Jgn dedahkan keaiban org walau pun betul sekalipun... ini kan pula yg berunsur fitnah.
C. Seorang sahabat yang baik akan sentiasa menegur kelemahan kawannya tanpa berselindung.
D. Sebelum tulis apa2... fikir dahulu... apa salahnya tulis benda yg elok2... apa untung ko dapat dgn menyakitkan hati org lain, buat kena sumpah je adala... ingat lah awak tu dah ader anak... bagilah contoh yg baik... kalau bujang lain cerita...
Cukupla tu... tapi memandangkan ini blog aku... alang alang menulis tu aku nak tulis la jugak satu dua benda untuk peringatan ko, sekadar suka suka...
- ingat tak dulu ko nak gi dating dengan p***h pun pinjam kereta orang... ko sendiri pun takde kereta... ko tak malu ke?
- ingat tak dulu ko nak ayat dia pun tanya org... ayat sendiri pun tak tau... buta kayu ke?
- ko ingat budak rumah tu suka sgt dengan lawak spastik ko tu? engko tu syok sendiri ko tau tak...
- ingat tak dulu tiba tiba sabun terpelanting ke shower aku tak tau datang dari mana... rupanya dari toilet sebelah... berbuih buih tu... ko buat apa dgn sabun tu?
Hmmm... Cukupla tu... nak tergelak pulak aku tulis benda-benda ni... yg aku nampak ko ni berkawan tak ikhlas la... hati ader hanyir sikit... tapi takpela sebab aku pun bukan ader nak jumpa ko hari hari so 'just forget about it'... aku tulis ni pun sekadar nak melepaskan apa yg terbuku so aku tak payah simpan benda ni lama-lama....
Apa dah...
hai tak tau la apasal... malam ni aku hangin semacam... forex untung tapi kepala memang angin... mungkin sebab projek revamp aku yg tak siap2 ni... bos aku janji dapat "kembara" minggu lepas... rupanya dapat basikal brand "kembara"... cis...
;)))
No comments:
Post a Comment