Antara nikmat mudah yg hampir kita semua nikmati tetapi seringkali kufur terhadapnya:
1. Kesihatan yang berterusan
2. Rezeki yang tidak putus dan bertambah
3. Isteri yang sempurna paras rupa dan kelakuan
4. Anak-anak yang comel
5. Kenderaan yg selesa
6. Pernafasan yang sempurna
7. Tidur dan rehat yang tidak terganggu
8. Ketenangan hati
9. Penglihatan yang terang
10. Negara yang aman damai
11. Mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban utk anak-anaknya
dan banyak lagi..
Persoalannya, adakah kita bersyukur dengan segala kurniaan yg diberikan oleh Yang Maha Esa ini? Dan apakah cara kita menyatakan kesyukuran kita itu? Adakah cukup dengan sekadar bertutur Alhamdulillah? Adakah cukup dengan mengerjakan tuntutan 5 waktu kita dalam sehari?
Hakikat kehidupan di akhir zaman ini tidak boleh lari dari aspek riba', maksiat dan godaan hawa nafsu yang melampaui batas. Sebagai seorang muslim yang sejati, kita harus ingat dan menyedari bahawa cabaran untuk menjalani sebuah kehidupan Islam yang sempurna adalah amat sukar pada hari ini.
Lihat dan renung sekeliling kita... cukup dengan memandang pada pakaian, makanan dan hiburan (ie. Astro).
Sekiranya kita tidak kuat dan berhati-hati dari segi pegangan agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan, sememangnya amat mudah untuk kita terkeluar dari landasan yang sebenar. Tekanan dan bebanan hidup yang dihadapi sekiranya tidak diuruskan dengan betul, amat mudah untuk memesongkan akidah seseorang itu untuk melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.
Aku bukanlah seorang Ustaz, tapi dari mata kasar aku sendiri aku boleh nampak pemimpin-pemimpin yang ada gagal memberikan contoh yang baik malahan penuh dengan skandal dan aspek kemaksiatan. Ulama' dan mufti-mufti pula kebanyakannya bergaji dan berkepentingan. Maka siapakah yang layak dan harus dicontohi? Memang mudah untuk kita menyatakan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah contoh yang terbaik, tapi hakikatnya ramai yang pandai berkata kata dari melaksanakannnya.
Apapun cabaran dan hakikat kehidupan pada hari ini, orang tuaku selalu berpesan sentiasalah bersyukur dengan mengerjakan tanggungjawab 5 waktu tanpa gagal, kerana itulah tiang agama. Walaupun jumlah keseluruhan 5 waktu itu sendiri tidak melebihi 30 minit dalam sehari untuk dikerjakan, kerap kali itulah antara perkara yang sukar dan senantiasa ditangguh dan dilekakan atas sebab dan urusan-urusan dunia yang lain.
Adakah kelekaan ini semata-mata kerana godaan syaitan, ataupun ini ada bersangkut-paut dengan sumber makanan yang kurang bersih (dan halal) yang menyumbang kepada terbentuknya darah daging yang kurang baik dalam diri kita, yang secara tidak langsungnya menyumbang kepada hati dan jiwa yang kotor?
Atau adakah ini semata-mata hakikat seorang manusia yang secara lazimnya suka mengikut kehendak hati dan hawa nafsu didalam memenuhi tuntutan dunia yang sementara dari mencari bekalan untuk hari kemudian yang pasti datang dan kekal abadi? Atau adakah kita sama-sama menantikan bala dan azab dari langit sebelum kita sedar dan menginsafi segala perbuatan kita? Pernahkah kita berdoa agar hidup kita diberkati dan segala bala bencana ini dijauhkan?
Cuba kita renung-renungkan...
p/s: Aku sering termimpi dilanda ombak tsunami setinggi langit datang mengejar dan menimpaku... apakah ini suatu petanda atau sekadar mainan mimpi?
No comments:
Post a Comment