Tak lain dan tak bukan... ini berkenaan posisi yang dibuka di dalam pasaran forex.
Sememangnya permainan dagangan forex ini memerlukan kekuatan psikolgi dan mental yang mantap. Jika kita tidak betul betul memahami pergerakan pasaran, kita ada 1001 alasan untuk diberitahu kepada semua kenapa kita tidak berjaya...
Dagangan matawang ini melibatkan suatu percaturan matematik di mana tidak semua akan meraih kuntungan seperti yang diidam idamkan... walaupun ianya tidak mustahil sama sekali. Atau mat salleh panggil sebagai "zero sum game"... Senang cakap kalau dalam bahasa Melayu - Bila kita untung di sini, ada orang lain yang rugi, punah dan ranah di sana...
Satu soalan yg sering ditanya, malah aku sendiri selalu bertanya kepada diri ialah - "kenapa bila aku masuk je market start moving the other way?"... seolah olah ia menunggu masa sahaja sehingga kita masuk sebelum bergerak di arah yang bertentangan...
Walaupun persoalan ini berbunyi seakan akan amatur, tetapi percayalah even season traders pun akan ada mengalami perasaan yang sama...
Kalau setiap kali aku masuk sahaja market gerak di arah yang bertentangan, sampai bila pun aku tak untung... serupa tak payah main. Adakah ini benar? Jika semua rugi, siapa yang untung kalau macam tu?
Apa yang aku nampak adalah sebaliknya... dan inilah antara persoalan yang membawa kita kembali kepada asas forex iaitu psikologi, pengurusan kewangan dan sistem berdagang (psycho, money management & trading system)...
Bila kita hendak berdagang, perkara paling penting adalah psikologi dan mental yang stabil...
Bila ini stabil, apa yang diperlukan seterusnya adalah sistem trading dan kewangan yang mantap dan berkesan.
Mengikut Bob Prechter, ada 5 perkara yg perlu dilakukan untuk berjaya sebagai trader...
1. Mesti ada sistem - ie ENTRY vs EXIT Rules
2. Mesti ada disiplin untuk ikut sistem tersebut
3. Mesti raih pengalaman sebenar trading live account, main demo je takkan improve skill
4. Mesti tahu yang kerugian adalah sebahagian asam garam trading... nobody wins every trade.
5. Mesti tahu bagaimana untuk meraih keuntungan besar dalam sesuatu dagangan yang baik.
Pasaran matawang ni adalah pasaran yang hidup. Indicator adalah setakat signal yang memberitahu kebarangkalian pergerakan walaupun ianya tidak tepat... sama juga dalam dagangan yang lain seperti stok, option, futures & forward.
Bukan apa, kebelakangan ini aku banyak mengalami kerugian yang menjadikan aku ragu terhadap keyakinan aku untuk berdagang secara baik. Aku melakukan semua perkara yang betul seperti diatas tetapi tiada rezeki sebab pasaran bergerak tunggang terbalik... mungkin timing aku tak baik.
Pelbagai sistem telah digunakan dan tiada satu pun yang betul betul sempurna... Ianya membantu tetapi still kena careful...
Bila asyik rugi, sedikit sebanyak kita akan tertekan dan terlalai.. mula melakukan satu demi satu kesilapan. Ada baiknya aku rasa bila dalam keadaan tertekan seperti sekarang, perkara yang terbaik adalah untuk berhenti seketika...
Mungkin banyak kesilapan ini berpunca dari satu sebab - KELETIHAN... sebab aku masih berkerja di siang hari...
Tidak kira apa sistem pun yg digunapakai, bila keadaan fizikal dan mental tidak mengizinkan aku untuk berada di pasaran, kebarangkalian aku melakukan kesilapan dan revenge trade sangat tinggi... dan sekali kita hilang kawalan diri terhadap posisi kita di pasaran, kita seperti keling mabok bawak motor tunggu masa nak kena langgar jer...
Jadi, baiklah berhenti dan duduk sampai mabuk kita hilang sebelum berbuat apa apa... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya....
Bersambung...
No comments:
Post a Comment