Kebanyakan dari kita mempunyai cita-cita dan angan-angan yang tinggi ingin berjaya, kaya dan sebagainya. Tetapi apa yang menyedihkan ialah angan-angan ini sekadar impian kosong yang tidak disertakan dengan perancangan dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Apa yang lebih menggelikan hati, mereka ini selalunya penuh dengan alasan dan sebab sebab kenapa kejayaan mereka terhalang dan sebagainya. Lebih mendukacitakan lagi, mereka sampai sanggup menyalahkan keadaan dan insan disekeliling mereka, kerajaan, pemimpin, kawan-kawan, saudara mara, adik beradik dan termasuklah juga ibu bapa mereka sendiri.
Persoalannya sampai bila?
Bukankah dua formula mudah untuk berjaya adalah usaha dan kecekalan?... iaitu sikap yang tidak mudah berputus asa?
Ingatlah sesungguhnya kehidupan di dunia ini tidak lebih dari suatu persinggahan yang sementara. Jika di dunia ini pun kita gagal membawa diri kita dengan sempurna, bagaimanakah nasib kita di 'sana' nanti?
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah sikap disamping keyakinan diri dalam kita berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Sesungguhnya memang benar, tiada kejayaan yang datang dengan mudah, lebih lebih lagi apabila matlamat yang ditetapkan itu adalah sesuatu perkara yang tidak pernah kita capai sebelum ini. Walaupun usaha tidak menjaminkan kejayaan, tetapi setidak tidaknya ia akan membuka jalan ke arah itu.
Namun demikian, sekiranya kita benar benar ingin berjaya dan berusaha lebih dari sekadar melepaskan batuk di tangga, tiada apa yang mustahil untuk dicapai.
Impian atau cita-cita sememangnya penting untuk menggerakkan diri supaya lebih maju ke hadapan. Tanpa sebarang impian atau cita cita, kita akan hidup seperti "kais pagi makan pagi kais petang makan petang" sampai bila bila.
Maka, apabila umur sudah melangkaui zaman remaja dan muda, kita akan rasa seolah olah semuanya sudah terlambat dan tidak perlu difikirkan lagi. Apabila kita merenung kembali zaman-zaman muda di mana tenaga menyala-nyala. diri kita akan penuh penyesalan kerana tidak berusaha lebih sedikit untuk mencapai sesuatu matlamat itu.
Jangan jadikan diri kita seorang insan yang penuh dengan kekesalan di kemudian hari. Apa pun yang telah berlaku, kita jadikan teladan dan selalulah renung ke hadapan, seberapa jauh yang kita mampu. Di manakah kita 5 tahun, 10 tahun atau 50 tahun yang akan datang? Sekiranya kita gagal untuk merancang sekarang, sesungguhnya kita merancang untuk kegagalan.
Apa yang penting, carilah erti kejayan sebenar pada diri kita (seperti berpendapatan lebih RM50,000 sebulan, memiliki BMW 5 Series, mampu bersedekah setiap hari dan minggu, membantu fakir miskin dsb) dan kejarlah kejayaan ini seolah olah kita akan hidup seribu tahun lagi.
Sesungguhnya tiada apa yang mustahil kerana apa yang membuatkan sesuatu itu mustahil itu tidak lain dan tidak bukan datangnya dari fikiran negatif kita sendiri yang malas untuk berusaha, disamping orang keliling yang lebih suka melihat kita tersungkur dari berdiri gagah di puncak mercu pencapaian...
Renung renungkanlah... apa pun alasan kita, pokok pangkal, susah senang diri sendiri yang akan menanggung kelak... janganlah menyesal dikemudian hari...
p/s: Artikel ini ditujukan khas kepada seorang sepupu aku yang pemalas dan tiada matlamat hidup... disamping tiada kesedaran diri betapa untung nasib diri mempunyai ibu bapa yang senang dan prihatin... you knew who you are... no names...
No comments:
Post a Comment