Ok takpelah.
Apa yang dimaksudkan di sini tak lain dan tak bukan adalah berkaitan dengan kesabaran kita sebelum sesuatu posisi trade itu di buka.
Setelah menyelidik posisi untung dan rugi yang pernah aku alami pada minggu minggu dan bulan bulan yang sebelum ni, aku dapati kebanyakan kesilapan posisi untung rugi adalah disebabkan kurangnya kesabaran aku untuk menunggu tika dan saat yang sesuai untuk menyertai pasaran.
Ini semua berpunca dari rasa tamak dan kurang sabar dalam mencari keuntungan lebih yang akhirnya menyebabkan kerugian.
Apa yang dikesalkan di sini ialah oleh kerana ingin memasuki pasaran lebih awal dari sepatutnya, kita seringkali tertipu dengan pergerakan sebenar pasaran. Signal selalunya memberi tanda tanda sesuatu pergerakan itu akan berlaku. Tetapi disebabkan rasa ingin menagkap sesuatu pergerakan itu lebih awal dari yang sepatutnya, kita selalunya memasuki sebelum kesemua syarat-syarat yang kita tetapkan sendiri itu dipenuhi.
Ini yang dinamakan "tunggu di luar sampai kena panggil masuk".
Seringkali signal pasaran lebih kepada umpan atau acahan dimana pedagang-pedagang matawang yang junior akan tertipu atau bersikap impulsive, iaitu bila pasaran membuat lonjakan naik, kita terus beli, atau bila pasaran membuat lonjakan turun kita terus jual.
Ini selalu berlaku lebih lebih lagi apabila sentimen pasaran bercampur aduk dan pelbagai berita ekonomi tengah di war-war kan.
Apa yang aku perhati, adalah lebih penting kita memasuki pasaran dengan rasa takut dan hati-hati daripada rasa tamak dan tergesa-tergesa.
Apabila berhati-hati, kita akan membuat analisis yang baik (walaupun mungkin tidak tepat) di samping mempunyai fikiran yang lapang tentang kebarangkalian saiz posisi yang akan dibuka dan jumlah wang yang sanggup dirisikokan.
Penyertaan yang sebeginilah yang selalunya menguntungkan aku kerana apabila aku membuat analisa pasaran dengan baik, selalunya aku akan lebih bersabar supaya tidak teru masuk dan membuka posisi hanya apabila kesemua syarat yang aku tetapkan tadi dipenuhi dan meyakinkan.
Lagi satu, selalulah bertanyakan diri "berapa aku sanggup rugi hari ini?" daripada "berapa untung yang aku nak cari hari ini?". Ya memang semua orang nak untung dan ada baiknya kita menetapkan sasaran keuntungan setiap kali kita membuka posisi.
Cuma apa yang ditekankan di sini ialah persediaan psikologi sekiranya apa yang kita jangkakan berlaku tidak berlaku dan supaya kita tidak kelam kabut ketika "market swing" oleh sebarang sebab yang kita sendiri tak pasti.
Kesimpulannya... kita jangan mengejar market atau pasaran... biar pasaran yang datang menyerah diri dan memberitahu... "En Shahrul, silalah masuk dan sertai larian kerbau atau beruang ini..." Bila ianya berlaku, anda akan tahu dan dapat melihat keadaaan atau 'setup'nya...
Selamat BerDagang....
No comments:
Post a Comment